Public

Orang Awam

Mewujudkan Budaya Berkualiti
 
Kami terus berusaha untuk memberikan rakyat Malaysia hak untuk memilih kualiti daripada pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan.
 
Melalui Malaysian Standards (MS), kami menyediakan garis panduan untuk kualiti terbaik diberikan kepada produk dan perkhidmatan, sementara aktiviti akreditasi memberi pengiktirafan bahawa pensijilan, laporan pengujian dan pemeriksaan adalah dipercayai dan diterima. 
 
Kami berhasrat membiasakan anda, Rakyat, dengan MS kerana MS menunjukkan sesebuah produk atau perkhidmatan berkualiti, seterusnya, selamat, sihat dan mesra alam sekitar. MS juga berusaha kearah kemampanan yang boleh dinikmati oleh generasi akan datang.